Rabu, 2 Julai 2008

Percubaan


Aku ini bukannya seorang pelukis. Inilah karya yang sederhana mengikut ingatan ku yang silam.

Jumaat, 27 Jun 2008

Zaman Kanak-kanak Ku

Apabila aku berfikir tentang permainan congkak, aku akan teringat tentang zaman kanak-kanakku. Ia, memang benar aku adalah anak moden, tetapi itu tidak bermakna aku tidak pernah bermain permainan tradisional Melayu.
Pada suatu hari bapaku telah membawa pulang sebuah kayu bujur yang berlubang-lubang.
Aku baru sahaja berumur 5 tahun.
Ukiran bunga di atas kayu itu berwarna hitam. Aku amat terpegun dan akan memasukkan tangan kecilku ke dalam lubang-lubang papan congkak itu.
Pada malam itu, kami sekelurga telah bermain congkak menggunakan guli-guli berwarna-warni.